This is a Malay poem written several months ago, specially dedicated to all my Muslim sisters who have had the intention/thoughts to don the hijab but face difficulty in doing so. May this be of benefit and may Allah guide us all. Ameen.
Wahai saudariku
Terlintas di hati ini untuk menulis sebuah puisi untukmu
Juga kepada saudari-saudariku yang lain
Yang belum lagi berhijab
Namun atas dasar iman
Dan hatimu yang berhubung dengan Ilahi
Timbullah hasrat di hati
Untuk memenuhi satu lagi perintahNya
Wahai saudariku
Setiap insan tidak pernah lepas dari ujian
Kadangkala, ujian yang berat itu jugalah yang matlamatnya membawa kepada kebaikan
Dan inilah ia salah satunya bagimu
Beserta keinginanmu untuk memenuhi perintahNya
Ada sahaja halangan yang menghampiri
Untuk cuba menghentikan dirimu dari merealisasikan niat yang terbuku di hati
Wahai saudariku
Keberanian dan kekuatan yang wujud dalam dirimu boleh menumpaskan itu semua
Lumrahnya manusia
Mereka akan selalu mengata
Pandang seronglah, pandang peliklah, pandang buruklah
Mungkin ia akan membuat dirimu sedih dan mahu berpatah balik
Tetapi cekalkanlah hatimu dan bersenyumlah
Kerana yang utama adalah pandangan Pencipta kita terhadap dirimu semata
Wahai saudariku
Ini bukanlah suatu paksaan
Tetapi ini sebuah undangan, bersulam sayang
Buat dirimu yang cantik lagi berhati mulia
Untuk kita sama-sama
Membimbing dan menyokong
Antara satu sama lain
Agar kita dapat bertemu lagi di Jannah,
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment